LENCANA KEAHLIAN
Lencana ini dianugerahkan kepada seorang budak sebagai mengakui bahawa
ia adalah seorng Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang
luas itu
Sebelum dilantik menjadi Pengakap seseorang perlu mempunyai ilmu asas
serta pengalaman asas tentang berpengakap.
Untuk lulus Lencana Keahlian seseorang perlu lulus ujian-ujian berikut
: -
1. Peraturan pakaian seragam Pengakap.
2. Prinsip Rukun Negara.
3. Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia.
4. Persetiaan Pengakap & Undang-Undang Pengakap.
5. Hormat Pengakap & Cogankata Pengakap.
6. Sejarah Pengakap Malaysia & Sejarah Pengasas Pengakap, Lord
Baden Powell.
7. Simpulan & ikatan :-
- Buku Sila (Reef Knot)
- Bunga Geti (Sheet Bend)
- Simpul Manuk (Clove Hitch)
- Tindih Kasih (Bowline)
- Lilit Dua Simpul (Round Turn & Two Half
Hitches)
- Lilit Pemati Biasa (Common Whipping)
Bagi mereka yang telah menjadi Ahli Pengakap
Kanak-Kanak, mereka tidak perlu
menjalani ujian di atas, tetapi hanya perlu melalui satu lstiadat Meningkat Naik
Pengakap Kanak-Kanak ke Pengakap Muda untuk dilantik sebagai Ahli
Pengakap Muda.
Lencana Keahlian Pengakap yang berupa Lambang Pengakap di atas latar
biru tua ini
dipakai pada saku kiri kemeja.
Cara Pemakaian Lencana Keahlian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan