Rabu, 7 April 2021

Tingkah Laku Semasa Perkhemahan

 Tingkah Laku Semasa Perkhemahan

Banyak tingkah laku dan adab yang seharusnya anda pelajari semasa menghadiri sesuatu perkhemahan. Se­setengah peserta melakukan adab yang buruk dan keji semasa perkhemahan. Anda seharusnya menjauhi tingkah Iaku tersebut dan belajar menghiasi diri anda dengan tingkah laku yang baik dan terpuji.


TINGKAH LAKU TERPUJI
Perkhemahan merupakan satu tempat melatih diri dengan­ tingkah laku yang terpuji. Tingkah laku yang terpuji ialah:

1. Bangun awal pada waktu pagi.
Lord Barden Powell (1955) menyatakan seorang pengakap seharusnya bangun pada awal pagi. Beliau mengatakan sepatutnya seorang pengakap bangun satu atau dua jam lebih awal daripada orang biasa. Dengan itu dalam sebulan, pengakap sudah beruntung sebanyak 30 jam atau Iebih. Seorang pengakap beragama Islam seharusnya sedar kepentingan bangun awal pada waktu pagi. Ini kerana agama Islam mewajibkan setiap umatnya bangun pada awal pagi bersembahyang subuh semenjak 1431 tahun lalu.

2. Senyum dan sentiasa riang.
Lord Barden Powell (1955) menyatakan seorang pengakap itu seharusnya sentiasa senyum dan riang di perkhemahan. Beliau menyatakan orang yang tidak suka senyum merupakan orang yang tidak sihat. Anda seharusnya senyum kerana keadaan akan meyebabkan orang lain akan turut sama riang. Senyum itu sedekah.

3. Tidak mudah putus asa.
Setiap peserta perkhe­mahan tidak seharusnya berasa putus asa apabila menemui kegagalan dalam sesuatu pekerjaan dan aktiviti yang diatur sebaliknya berusaha sehingga memperoleh kejayaan.

4. Semangat tolong-menolong.
Setiap peserta seharusnya saling membantu dan menolong antara satu sama lain. Tanpa perasaan dan tingkah laku bantu-membantu, per­khemahan yang dijalankan tidak menghasilkan perkhemahan yang baik dan menyeronokkan semua peserta. Setiap peserta tidak seharusnya berasa cemburu dan hasad dengki antara satu sama lain. Lakukan kerja dengan semangat tolong-menolong tanpa paksaan dan desakan daripada luar. Keadaan ini sesuai dengan undang-undang pengakap.

5. Pandai menyesuaikan diri.
Anda seharusnya berusaha menyesuaikan diri anda dengan alam perkhemahan. Banyak perbezaan yang ketara dalam perkhemahan dengan keadaan di rumah atau di sekolah. Kebiasaannya, di rumah anda dibantu oleh ibu, ayah dan kakak untuk melakukan berhagai-bagai kerja. Di perkhemahan, anda seharusnya melakukan sendiri dengan bantuan rakan yang agak sebaya dengan anda.

6. Jaga kebersihan dan keselamatan diri.
Anda seharusnya menjaga kebersihan dan keselamatan diri anda sepanjang masa perkhemahan. Anda seharusnya mandi dan membersihkan diri sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Makanlah makanan yang bersih dan sentiasa tertutup.


TINGKAH LAKU YANG BURUK

Anda seharusnya menjauhi dan meninggalkan beberapa tingkah laku yang buruk dan keji. Tingkah laku ini kerap kali diabaikan oleh peserta di sesuatu perkhemahan. Antara tingkah laku yang seharusnya dijauhi dan ditinggalkan ialah

1. Melengah-lengahkan solat.
Peserta yang beragama Islam tidak seharusnya lalai dan melengah-lengah sembahyang. Anda seharusnya meninggalkan semua pekerjaan dan kegiatan apabila masuk waktu sembah­yang. Anda dikehendaki bersembahyang terlebih dahulu sebelum meneruskan aktiviti selanjutnya. Anda juga tidak seharusnya bersembahyang semasa di perkhemahan sahaja sedangkan di rumah anda tidak melakukannya kerana malas.

2. Merokok
Ahli pengakap yang sejati tidak akan merokok dan menahan nafsunya. Merokok merupakan tingkah laku yang bodoh. Merokok boleh membahayakan kesihatan tubuh badan manusia dan tidak bermanfaat langsung dari segi kesihatan dan deria bau (hidung). Ahli Pengakap tidak seharusnya merokok kerana mereka tidak bodoh untuk membinasakan dirinya sendiri. Merokok adalah haram kepada orang Islam menurut majlis fatwa kebangsaan.

3. Menahan nafsu.
Setiap pengakap wajib nafsu daripada melakukan perbuatan yang keji dan hina. Anda harus menjauhhi perbuatan yang boleh menaikkan nafsu anda seperti bercakap perkara perkara yang boleh menaikkan nafsu.

3. Merosakkan tanaman dan tumbuh-tumbuhan.
Anda tidak seharusnya merosakkan tanaman dan tumbuh-tumbuhan. Anda tidak patut menebang dan menakik pokok tanpa tujuan yang berfaedah. Tahukah anda berapa lama yang diperlukan untuk sebatang pokok itu tumbuh, terutama di kawasan berpasir dan kering? sedangkan anda mene­bangnya dalam masa beberapa minit sahaja. Anda sebagai seorang pengakap seharusnya menjaga kehidupan ini supaya tidak rosak.

4. Mencari kesalahan kawan.
Anda tidak seharusnya mencari kesalahan kawan anda dengan maksud yang tidak baik. Setiap manusia mempunyai kesalahan dan kelemahan yang tersendiri. Mencari kesalahan kawan sudah tentu mengakibatkan berlaku pertelingkahan dan merenggangkan persahabatan. Persahabatan merupakan teras undang-undang pengakap. Keadaan ini telah ditetapkan oleh agama Islam sejak 1431 tahun lalu.

5. Panjang tangan (Mencuri).
Setiap peserta perkhemahan tidak seha­rusnya mengambil barang orang lain. Anda tidak patut melakukan perbuatan tersebut sama ada untuk main-main (bersuka) atau bersungguh-sungguh.

6. Curi tulang.
Setiap peserta seharusnya tidak mencuri tulang semasa menghadiri sesuatu perkhemahan. Anda seharusnya melakukan semua pekerjaan yang telah di­amanahkan kepada anda dengan penuh keikhlasan dan bertanggungjawab. Anda seharusnya cuba berusaha melaku­kan sesuatu pekerjaan terlebih dahulu sebelum menyerah kalah atau meninggalkan kerja tersebut. Keadaan ini sesuai dengan cogan kata pengakap kanak-kanak ‘Buat sehabis baik’. Sesuatu patrol akan tempang jika terdapat seorang atau dua orang yang mempunyai sifat mencuri tulang. Patrol itu sudah tentu akan ketinggalan daripada semua segi berbanding dengan patrol yang mempunyai ahli yang bekerjasama antara satu sama lain. Sifat ini seharusnya anda teruskan dalam penghidupan seharian di luar perkhemahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SEBELUM MENINGGAL KAWASAN PERKHEMAHAN

  SEBELUM MENINGGAL KAWASAN PERKHEMAHAN Kebiasaannya, perkhemahan akan berakhir pada sebelah petang hari terakhir perkhemahan. Kadangkala pe...